Monday 7 May 2012

GAMBAR INOVASI (MODEL)


FOTOGRAFI



 




















                                                









FOTOGRAFI

Thursday 3 May 2012

Friday 13 April 2012

FOTO INOVASI DAN TEKNOLOGI

GAMBAR INOVASI

    1. ‘ULTRASOUND’  TERKECIL

      Alat ini adalah inovasi perubatan dari Medicals Signostic yang dikenali sebagai SIGNOS. Ia adalah ultrasound terkecil di dunia. Berat ultrasound ini kurang daripada 300gam dengan saiz sama seperti PDA. Ia menyediakan ultrasound cepat dan kos efektif yang menampilkan resolusi yang tinggi. Inovasi ini perlu ,untuk doktor kerana  saiz yang kecil , unik  , mudah di bawa dan boleh  di simpan ke dalam poket . Mengandungi teknologi MotionScape dan Sector View dengan stetoskop dalaman (3.5MHz/7.5MHz). Menghasilkan imej resolusi tinggi dengan menggunakan kad memori microSD yang boleh menyimpan lebih 20,000 imej. Imej dan laporan  boleh dicetak untuk analisis terperinci. SIGNOS ini akan menjadi perhatian yang besar dan sistem pemantauan pesakit yang jauh terutamanya di kawasan luar Bandar

      2. DEFIBRILLATOR







      Defibrilator rumah dikenali sebagai HeartGo. Tujuan teknologi ini berpotensi menyelamatkan nyawa apabila terdapat serangan jantung yang di kenali sudden cardiac arrest (SCA). Ia berfungsi dengan mengejutkan jantung agar kembali ke rentak normal. Terdapat arahan suara yang mengesan dan menyesuaikan tindakan yang perlu dilakukan malah menasihati kejutan jika ia dapat mengesan litium jantung shockable rhythm. HeartGo adalah satu rekabentuk yang ringkas dengan arahan yang mudah difahami serta terdapat audio dan visual. Contoh arahan lampu hijau menunjukkan bahawa sistem sudah siap dan para pengguna harus melihat setiap langkah yang perlu dengan selamat seperti mentadbir kejutan serta CPR kepada mangsa yang mendapat serangan jantung.

      3. THERMOMETER




      Dikenali sebagai ThermoProx dengan skin tambahan LCD yang besar serta cahaya lampu yang mudah untuk bacaan. Memiliki bacaan yang tepat dalam masa 7 saat (0.2 degrees Fahrenheit). Cara mengambil suhu dengan mudah dengan klik butang yang disediakan. Ianya direka khas untuk pesakit untuk mengelakkan jangkitan silang . Jangkitan silang mudah terjadi dengan menggunakan thermometer yang biasa dari pesakit kepada pesakit yang lain. Reka bentuknya  amat selesa untuk pesakit . Ia akan berbunyi sekali untuk menunjukkan kedudukan yang betul dan 4 kali berbunyi menandakan pengukuran suhu sudah selesai. Ia guna bateri dan beratnya dalam 1.8 oz sahaja.


       4. BLOOD PRESSURE MONITOR (monitor Tekanan Darah)







      Alat Tekanan Darah ini dikenali sebagai Medix Automatik Monitor yang mudah untuk mengambil dan mengukur tekanan darah serta bacaan nadi kepada pesakit/sesiapa yang memerlukannya. Bacaannya adalah  lebih selesa setiap kali mereka mengambil tekanan darah. Produk ini  mengunakan wayarles. Oleh itu , Alat ini boleh memantau pengguna dan boleh dimuat turun kepada unit utama serta   boleh di simpan  ke dalam sistem memori. Maklumat ini boleh dimuat turun atau di hantar kepada doktor melalui USB, internet, telipon atau SD kad. Dengan adanya peralatan yang terkini ini tindakan segera dapat dilakukan oleh penjaga.


      5. DENTAL JET






      Ini adalah alat yang digunakan untuk pembersihan gigi yang bermakna SPA untuk gigi . Ia menggunakan teknologi Ultrasound untuk membersihkan gigi. Dengan menggunakan komputer mikro , mesin pembersihan gigi ini mampu merawat bacteria , plak dan mencegah mulut berbau. Jet dental ini menjimatkan masa dan memberi keselesaan kepada pengguna/pesakit. Ia amat berkesan dan lembut serta cemerlang dalam penyingkiran kalkulus atau plak. Mempunyai ciri-ciri utama seperti seramik deria dimasukkan dan semburan sentiasa menyejukkan kawasan rawatan dan pada masa yang sama flusher dipaksa keluar oleh mikro-zarah. Bekalan kuasa AC 120V atau 230V 50/60 Guglielmo.Berat 0.5kg (1.1 Pounds).


      6. THE RESTWELL RICHMOND BED





       Katil Richmond Restwell di hasilkan dari Drive Medical . Ia boleh di ubah posisi kedudukan yang diingini oleh individu untuk keselesaan. Katil ini berfungsi sebagai menyokong lutut , tulang pinggul , tulang belakang, tekak /leher dan kepala. Katil ini memberi pengguna rasa selesa dan dapat tidur dengan lena. Ianya amat sesuai bagi pesakit yang mengalami masalah perubatan seperti asma , emphysema, bronchitis, arthritis , reumatisme, sakit belakang, masalah peredaran darah dan juga masalah mobility/ pergerakan. (asthma, empyhsema, bronchitis, arthritis, rheumatism, MS, back pain, circulatory problems and many other conditions affecting mobility)


      7. SPACAPSULE® CREATES DECUBITUS ULCER AND BED SORE RELIEF PROGRAMS


      Dimulakan oleh Pasukan SpaCapsule Pakar perubatan di Miami pada 3 Jun 2008 untuk mengurangkan kesakitan dan mengelakkan kudis tekanan. Kudis tekanan sehingga kini masih lagi tidak boleh diatasi atau dikurangi daripada terjadi ataupun kudis tekanan akan bertambah teruk . Ini kerana,kurang kemahiran atau tidak mempunyai program khusus untuk menangani masalah ini. Spacapsule ini telah direka dan diuji oleh Doktor serta mendapat sambutan dalam perubatan alternative terutama penjagaan kesihatan. Oleh itu SpaCapsule ini telah dicipta untuk teknologi terkini dalam penjagaan kudis tekanan.

      8. MOTOWORKR CELLPHONE INCLUDES BLUETOOTH THERMOMETER FOR MEDICAL PROFESSIONALS



       Pereka dari itali yang dikenali Marco Vanella telah mencipta telefon bimbit dengan menggabungkan alat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Telefon bimbit ini bukan sahaja boleh membuat atau menerima panggilan tetapi juga boleh bekerja sebagai sistem mudah alih untuk memenuhi keperluan untuk memberi pertolongan cemas semasa kecemasan . Telefon ini mengandungi sebuah thermometer Bluetooth untuk mengemaskini atau memindahkan rekod kesihatan pesakit.  

      9. MINNEAPOLIS DIKENALI SEBAGAI ONYX 119560





      Satu inovasi yang baru berasas dari Noni Perubatan yang telah mempunyai Microsoft Health Vault”. Ia adalah platform berasaskan Web untuk menyimpan maklumat kesihatan dan terus berhubung dengan doktor supaya keputusan di buat dengan lebih bermaklumat.Kegunaannya untuk mengambil vital yang menentukan kandungan oksigen (Spo2) dengan tepat dan juga bacaan kadar nadi dengan mudah. Keputusan vital dapat di simpan , di kongsi dan di muat naik “uploaded” , dengan pakar perubatan. Alat ini adalah salah satu alat perubatan baru di hujung jari dan yang paling maju . Mempunyai ciri-ciri Bluetooth untuk komunikasi , “on-board memory” dan “Smart Point “

         10. “PERSONAL CELLULAR-DIGITAL ECG”- CardioSen’C

      Baby Boomers telah menghasilkan satu lagi inovasi perubatan iaitu “Personal Cellular-Digital untuk buat pemeriksaan jantung pesakit yang dikenali sebagai ECG. Ia mempunyai pemancar yang boleh menghantar maklumat ke pusat perubatan untuk tujuan diagnosis terpencil seperti iskemia, aritmia, dan miokardium.(arrhythmia, ischemia, and myocardial infarction). ECG akan di analisis oleh para professional perubatan dan dapat member bantuan perubatan jika perlu. Peralatan ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar morbidity dan kematian akibat serangan sakit jantung atau insiden jantung yang lain. Ciri-ciri adalah penghantaran maklumat yang baik hanya dalam masa 3 saat iaitu kadar penghantaran yang lebih cepat.

       

      Thursday 12 April 2012

      MEMBUDAYAKAN ICT DI KALANGAN JURURAWAT

      Perlukan Jururawat melibatkan diri dalam ICT....Zaman yang serba cepat dan canggih maka perawatan perlu berkembang dan maju. Kita perlu berani dan semangat untuk melibatkan diri secara aktif dalam perawatan, penjagaan pesakit , pengurusan dan pentadbiran. Kita juga perlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang kita ceburi. Dalam profession seperti doktor, engineer, arkitek, peguam dll, tiap-tiap seorang yang telah belajar (secara akademik) dalam sesuatu profession dan jurusan, memerlukan masa untuk berlatih dan memahirkan diri dalam professionnya secara praktikal. Kalau doktor ia memerlukan sekurang-kurangnya 1 tahun untuk membuat housemanship di hospital. Bagitu juga jururawat memerlukan ilmu, pengtahuan, latihan, pengalaman, kemahiran, semangat, dedikasi dan kerajinan serta penglibatan dan selok-belok kerja. Adakah dengan adanya teknologi dapat membantu proses rawatan yang mudah dan cepat ke atas pesakit bagi memenuhi keperluan dan perawatan yang baik. Di antara saraan yang boleh meningkatkan teknologi dengan inovasi ialah:

      1. Jururawat Perlu latihan yang secukupnya.
      Jururawat perlu berani hadapi cabaran teknologi sekarang dengan menghadiri setiap krusus ataupun latihan yang ada.

      2.Memerlukan sokongan .
      Sokongan dari pihak pengurusan amat perlu kerana dengan sokongan yang diberikan dapat semangat untuk turus meningkatkan budaya ICT di kalangan jururawat. Ini bermakna sokongan dari pihak pengurus amat penting.

      3.Peralatan yang disediakan perlu terkini.
      Pihak pengurusan perlu memikirkan segala peralatan perlu dan terkini iaitu canggih . Ini dapat meningkatkan kemahiran dan galakan pada jururawat.

      4.Sabar .
      Kesabaran dan ketekunan amat perlu untuk semua jururawat . Oleh itu kesabaran dalam membudayakan ICT amat penting . Seorang jururawat tidak perlu putus asa untuk berusaha memperlajari ICT tersebut.

      5.Mempunyai sikap ingin tahu .
      Dengan sikit yang ingin tahu menyebabkan jururawat bersaing untuk memperlajari setiap teknologi yang terkini dan memudahkan perawatan ke atas pesakit.